• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • News
  • Blog
  • E-learning
  • Buka Akaun CDS
  • Log In
Maju Saham

Maju Saham

Tukang sapu yang menjadi jutawan senyap

20/08/2021 by Fahmi Ishak

Dalam kehidupan kita bukan rupa dan penampilan yang menentukan tahap kewangan kita. Sebaliknya yang menentukan tahap kewangan kita adalah pemahaman kita mengenai wang dan cara kita menguruskan kewangan kita. Dalam buku Rich Dad Poor Dad, Robert Kiyosaki mengatakan “It’s not how much money you make, Its about how much money you keep and how long its can last long”. Ronald James Read merupakan seorang tukang isi minyak selama 25 tahun dan kemudian menjadi tukang sapu selama 17 tahun. Apa yang menarik tentang kisah hidup beliau adalah semasa meninggal dunia, beliau mempunyai kekayaan sebanyak USD 8 juta. Bagaimana seorang yang hanya bekerja sebagai tukang sapu mampu menjadi jutawan senyap.

KISAH HIDUP RONALD JAMES READ

Pada usia mudanya beliau telah berkhidmat sebagai tentera dan selepas bersara, beliau bekerja sebagai tukang isi minyak selama 25 tahun. Beliau tidak pernah memasuki universiti dan merupakan satu-satunya orang yang berjaya menamatkan pelajaran sekolah menengah dalam keluarganya. Ronald hidup dalam kesederhanaan sebagai seorang tukang isi minyak dan tukang sapu namun beliau mempunyai sedikit ilmu tentang pelaburan.

Duit gaji dari kerjanya beliau simpan dan laburkan ke dalam saham blue chips seperti AT&T di Amerika. Selama beberapa dekad beliau konsisten dalam pelaburan sehingga akhirnya beliau menjadi jutawan senyap yang berjaya.

Semasa kematian beliau, Ronald mendermakan USD 1.2 juta kepada Perpustakaan Brooks dan USD 4.8 juta kepada sebuah hospital. Hasil derma ini telah menjadikan Ronald sebagai seorang philantropist yang hebat di Amerika.

KUASA COMPOUNDING

Ronald adalah seorang long-term investor dan percaya pada kuasa compounding. Beliau melabur di dalam saham yang memberikan pulangan dividen dan melabur semula semua hasil dividen yang diterimanya. Selain itu juga, kita boleh mengikuti jejak langkah Ronald dengan mengasingkan gaji bulanan kita untuk dilaburkan semula. Purata pulangan pasaran saham Amerika adalah pada 8%. Jika anda melabur RM400 secara konsisten selama 40 tahun hasil pelaburan akan berganda dan menjadi RM 1.2 juta.

Graf Kuasa Compounding

KESEDERHANAAN DALAM KEHIDUPAN

Kajian menyatakan bahawa gaji purata yang selesa adalah dalam lingkungan RM70,000 hingga RM100,000 setahun. Oleh itu, selebihnya dari itu adalah sesuatu yang mewah. Kita perlu boleh membezakan keperluan asas dan kehendak nafsu dalam berbelanja. “CUKUP” adalah satu perkataan yang sangat power dalam kita bersederhana. Tingkah laku kita dalam pengurusan kewangan sangat penting untuk membantu kita untuk menjadi jutawan senyap.

KEKAYAAN SEBENAR

Kekayaan sebenar bukan terletak pada kereta mewah, rumah banglo dan kehidupan yang serba mewah. Jika seseorang membeli kereta ferari yang berharga RM 1 juta, Pada kiraan sebenar net worth nya akan berkurang RM 1 juta. Kekayaan sebenar terletak pada penyata kewangan dan aliran tunai seseorang individu. Fahami asas kewangan sebenar dan melaburlah untuk jangka masa panjang.

Pelaburan jangka masa panjang adalah pilihan pelabur hebat seperti Ronald James Read dan Warren Buffet. Begitu juga jika kita ingin berjaya dalam dunia pelaburan. Fokus pada pelaburan jangka masa panjang kurangkan fokus pada jangka masa pendek. Semoga kisah kejayaan tukang sapu bernama Ronald James Read menjadi pengajaran kepada kita. Selamat Melabur .

Sumber : 1. https://medium.com/the-capital/3-lessons-from-an-8m-janitor-98b43c998541

2. https://twitter.com/ameruddinibrahm/status/1422766652840579074

Filed Under: Blog

Disclaimer

Sila ambil perhatian bahawa segala informasi di laman web ini bertujuan untuk pembelajaran semata-mata. Segala nama saham yang tersenarai di halaman berita tidak bermatlamat sebagai panduan untuk pembelian atau penjualan saham. Pihak Maju Saham tidak bertanggungjawab di atas setiap pembelian pembaca laman web ini. Pedagang seharusnya merujuk penasihat kewangan atau remisier masing-masing untuk nasihat berkaitan pembelian dan penjualan saham.

Primary Sidebar

Follow us

  • telegram
  • twitter
  • youtube
  • instagram

Berita terkini

Tag

Analisa Teknikal corporate exercise Fundamental Analysis Gann Charts Gann Teori IPO Jim Paul Peter Lynch platform semiconductor

Copyright © 2023 ยท Majusaham.com