• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • News
  • Blog
  • E-learning
  • Buka Akaun CDS
  • Log In
Maju Saham

Maju Saham

Zakat Saham : Berapa anda perlu bayar?

20/04/2021 by Fahmi Ishak

Pelaburan saham melibatkan harta yang kita laburkan untuk mendapatkan keuntungan. Sebagai orang Islam, kita wajib mengeluarkan zakat seperti mana yang telah diperintahkan kepada kita untuk menzakatkan sebahagian harta yang kita miliki. Dalam pelaburan saham, kita wajib mengeluarkan zakat saham jika kita nilai pelaburan kita mencukupi haul dan nisab pada tahun tersebut. Berapa nisab tahun 2021? Setiap tahun Pusat Pungutan Zakat (PPZ) akan mengeluarkan nisab tahunan jadi anda boleh rujuk di sini https://www.zakat.com.my/info-zakat/arkib-nisab-tahunan/

Nilai Nisab Tahunan

DALIL AL-QURAN DAN HADIS

Dalam Al-Quran Allah SWT telah berfirman :

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” [Surah Al-Baqarah (2): Ayat 267]

Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud:

“Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipanaskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya?” (Sahih Muslim)

SYARAT WAJIB UNTUK KELUARKAN ZAKAT SAHAM

  • ISLAM – Pemilik saham tersebut mestilah orang Islam
  • PEMILIKAN YANG SAH – Saham tersebut mestilah dimiliki secara mutlak oleh individu tersebut
  • CUKUP NISAB – Nilai pelaburan yang dimiliki melebihi nilai nisab yang ditetapkan oleh badan pemungut zakat (PPZ)

KIRAAN ASAS UNTUK ZAKAT SAHAM

Seperti bayaran zakat yang lain, nilai kiraan zakat saham adalah pada kadar 2.5%. Dalam pada itu kiraan membayar zakat dibahagikan kepada dua iaitu :

  • Saham yang dimiliki dalam setahun (Kategori 1)
  • Saham yang dimiliki melebihi setahun bertujuan menjana keuntungan melalui dividen (Kategori 2)

Mari kita lihat perbezaan yang ditetapkan untuk kedua zakat saham di atas.

KATEGORI 1

Saham yang dimiliki dalam setahun

[ Nilai saham semasa + Baki semasa trust account – Kos berkaitan ] x 2.5%

Contoh : Encik Abu membeli dan menyimpan Saham G selama 1 tahun. Semasa membeli Saham G, nilai pelaburan saham tersebut adalah RM 50,000. Pada penghujung tahun, Encik Abu menjual saham tersebut dengan nilai pelaburan RM 100,000. Baki akaun trust account adalah RM 3,000 dan Encik Abu dikenakan kos transaksi sebanyak RM 300. Oleh itu nilai zakat saham yang dikenakan untuk Encik Abu adalah :

[ RM 100,000 + RM 3000 – RM 300 ] x 2.5% = RM 2567.50.

KATEGORI 2

Saham yang dimiliki melebihi setahun bertujuan menjana keuntungan melalui dividen

[ Nilai saham semasa + Baki semasa trust account + Dividen – Kos berkaitan ] x 2.5%

Contoh : Encik Fahmi adalah long term investor. Beliau membeli saham untuk mendapatkan dividen dari syarikat tersebut. Saham yang dibeli oleh Encik Fahmi adalah Saham Dg kerana saham ini membeli pulangan dividen sebanyak 20% setahun. Nilai pelaburan beliau adalah RM300,000. Dividen yang dijana sepanjang tahun adalah sebanyak RM60,000 . Manakala baki trust account beliau adalah RM 10,000. Cara kiraan zakat saham beliau seperti di bawah.

[ RM 300,000 + RM 60,000 + RM 10,000 – RM 1000 ] x 2.5% = RM 9225.

Sebagai orang Islam kita mestilah menanamkan niat untuk membayar zakat walaupun pada masa sekarang masih belum cukup nisab. Islam menggalakkan umatnya menjadi kaya supaya dan mendermakan sebahagian harta yang ada pada orang yang memerlukan. Hal ini kerana Allah SWT telah menjanjikan ganjaran yang besar di akhirat kelak. Jom sama-sama kita berusaha untuk membayar zakat yang lebih pada tahun ini. Semoga kita semua sentiasa menjana keuntungan dalam pelaburan saham.

Filed Under: Blog

Disclaimer

Sila ambil perhatian bahawa segala informasi di laman web ini bertujuan untuk pembelajaran semata-mata. Segala nama saham yang tersenarai di halaman berita tidak bermatlamat sebagai panduan untuk pembelian atau penjualan saham. Pihak Maju Saham tidak bertanggungjawab di atas setiap pembelian pembaca laman web ini. Pedagang seharusnya merujuk penasihat kewangan atau remisier masing-masing untuk nasihat berkaitan pembelian dan penjualan saham.

Primary Sidebar

Follow us

  • telegram
  • twitter
  • youtube
  • instagram

Berita terkini

Tag

Analisa Teknikal corporate exercise Fundamental Analysis Gann Charts Gann Teori IPO Jim Paul Peter Lynch platform semiconductor

Copyright © 2022 · Majusaham.com