Pasaran saham bergerak dalam kitaran yang telah ditetapkan iaitu Accumulation, Mark Up, Distribution dan Mark down. Kitaran ini berlaku dalam setiap time frame (TF) carta saham sama ada carta mingguan, harian, dan satu jam. Dengan kemahiran membaca kitaran yang berlaku, kita boleh mengambil peluang apabila berlaku perubahan pada kitaran tersebut. Kitaran yang dimaksudkan adalah Accumulation. Apabila berlaku break out pada fasa accumulation, selalunya saham tersebut akan beralih pada fasa mark up di mana harga saham akan meneruskan aliran menaik.
Masa yang sesuai untuk kita mengambil posisi dalam pasaran adalah pada permulaan uptrend dalam fasa mark up. Mari kita lihat bagaimana cara untuk mengambil peluang apabila berlaku break out pada fasa accumulation.
Contoh 1 :
Contoh di atas fasa accumulation yang sangat lama bermula dari tahun 2017 hingga tahun 2021. Semakin lama fasa accumulation, semakin kuat momentum untuk harga naik apabila ia berjaya melepasi paras resistance. Paras resistance terkuat di atas adalah pada 0.36. Apabila harga berjaya melepasi paras tersebut dan disokong dengan volume yang besar ia menunjukkan momentum yang kuat untuk harga meneruskan aliran uptrend. Selepas harga berjaya melepasi paras 0.36, harga terus melonjakkan sehingga paras 3.00.
Contoh 2 :
Contoh ke-2 pula menunjukkan saham yang berada dalam fasa mark down dan memasuki fasa accumulation apabila berada di bawah paras 0.10. Accumulation berlaku selama 1 tahun bermula 2019 hingga 2020. Namun pada bulan Mei 2020, volume yang besar telah berjaya memecahkan paras 0.10. Apabila harga memecahkan paras tersebut, harga terus melakukan aliran menaik. Saham tersebut mencapai harga tertinggi pada paras 0.50. Kenaikan melebihi 500% adalah satu kenaikan yang besar pada sesuatu saham. Apa yang penting untuk kita lakukan adalah memastikan kita sentiasa mengikut trading plan.
Dalam semua teknik yang kita gunakan, objektif utama dalam kita melabur adalah untuk mendapatkan keuntungan ROI yang baik. Teknik Break Out adalah satu teknik yang mudah untuk diaplikasikan dan sesuai digunakan untuk semua orang. Walaupun kita terpaksa menunggu lama dalam untuk mengambil posisi, namun reward yang menanti sangat berbaloi untuk ditunggu.
Mungkin anda terlepas artikal BREAKOUT yang lepas, boleh baca di sini >> https://majusaham.com/teknikal-analisis-buy-on-breakout/
Follow Maju Saham di sini >> https://t.me/msinsight