Pelaburan saham melibatkan banyak elemen yang menggerakannya. Antara elemen terpenting dalam menggerakan pasaran saham adalah Volume. Teknik Volume adalah elemen pertama yang akan menggerakkan pasaran kerana volume dikira berdasarkan transaksi jual beli yang dilakukan oleh pelabur dan pedagang. Oleh itu, jika volume itu besar maka transaksi yang berlaku juga melibatkan nilai yang besar. Di samping itu, harga saham bergerak juga kerana volume yang berlaku di bawah.
Pada penulisan kali ini, saya akan mengupas bagaimana cara untuk kita boleh mengambil peluang dalam saham dengan menggunakan volume. Pemahaman volume yang baik penting untuk kita tidak melakukan kesilapan dalam membuat keputusan membeli saham. Ramai pelabur dan pedagang yang baru berjinak mengabaikan volume kerana lebih tertumpu dengan candlestick. Hal ini menyebabkan mereka terlepas sesuatu yang penting kerana jika melihat hanya berpandukan harga pada candlestick, pelabur mungkin tertipu dengan cara market operator memanipulasikan harga tersebut. Tetapi market operator tidak boleh memanipulasikan volume. Ini adalah kriteria penting yang perlu pelabur dan pedagang tahu.
Contoh volume dalam carta saham.
Untuk memahami volume dengan baik anda perlu mengenal pasti volume yang sihat. Saya berikan sifir untuk melihat sama ada volume yang anda lihat adalah sihat ataupun sebaliknya. Sifir volume adalah seperti dibawah.
- Volume naik + Harga tak naik = Sihat
- Volume naik + Harga naik = Sihat
- Volume turun + Harga turun = Sihat
- Volume naik + harga turun = Tidak sihat
Seperti yang di atas, anda perlu berhati-hati jika terdapat tanda-tanda seperti poin yang ke-4. Apabila volume naik melebihi volume-volume sebelumnya, ia juga dipanggil Breakout Volume. Mari kita lihat contoh supaya anda lebih faham akan apa yang saya maksudkan.
Poin 1.
Poin 2.
Poin 3.
Poin 4.
Jika berlaku transaksi volume yang besar dan harga jatuh dengan begitu drastik, maka anda perlu berhati-hati. Sifir volume di atas adalah survival kits yang perlu anda ada supaya anda tidak melakukan keputusan yang salah dalam pelaburan.
Walaubagaimanapun, teknik terbaik yang boleh digabungkan dengan sifir volume adalah dengan teknik Breakout pada harga dengan kemasukan volume yang signifikan. Teknik volume ini sangat bagus untuk diamalkan terutama bagi short term trader. Selamat Melabur!
Mungkin anda terlepas artikal BREAKOUT yang lepas, boleh baca di sini >> https://majusaham.com/teknikal-analisis-buy-on-breakout/
Follow Maju Saham di sini >> https://t.me/msinsight