• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • News
  • Blog
  • E-learning
  • Buka Akaun CDS
  • Log In
Maju Saham

Maju Saham

Bonus Issue

29/01/2021 by admin

Bonus issue merupakan salah satu corporate exercise untuk memberi pelabur syarikat sedia ada saham bonus. Pemberian bonus saham ini seakan pemberian dividend cuma dalam bentuk unit saham.

Tujuan

  1. Syarikat beri bonus issue untuk menggantikan pemberian dividend secara cash kerana syarikat tidak cukup cash atau mahu menggunakan cash sedia ada untuk tujuan lain. Jadi, syarikat pilih untuk reward shareholder menggunakan saham bonus.
  2. Salah satu cara untuk meningkat pembayaran dividen per saham. Apabila syarikat memberi saham bonus kepada pemegang saham sedia ada, jumlah unit saham makin bertambah di dalam pasaran . Lagi banyak unit saham syarikat di dalam pasaran, lagi tinggi bayaran dividen per saham.

Fahami term bonus issue

Notis bonus issue saham SCIB

Entitlement description: Notis akan perincikan berapa ratio bonus akan diberi syarikat kepada pemegang saham. Dalam notis di atas, pemegang saham SCIB akan mendapat 3 saham bonus untuk setiap 1 saham SCIB.

Ex-date: Tarikh harga saham akan adjust. Untuk melayakkan saham anda dapat saham bonus, anda perlu beli sebelum tarikh ex-date iaitu sebelum 30 Disember 2020. Beli semasa dan selepas ex date tidak melayakkan anda dapat saham bonus.

Listing date: Hari saham bonus akan masuk dalam akaun trading. Dalam kes SCIB, saham bonus akan masuk ke akaun trading pada 4 Januari 2021.

Contoh

Abu (bukan nama sebenar) memiliki saham SCIB sebanyak 10,000 unit pada harga RM5.00 dan dia hold saham ini dari sebelum ex-date 30 Disember 2020. Saham SCIB akan buat price adjustment sebanyak ratio 1:3 pada tarikh ex-date dari RM5.00 menjadi RM1.25. Hanya price akan adjust di portfolio Abu pada hari ex-date. Baki unit SCIB Abu dapat dari bonus sebanyak 30,000 unit saham akan dimasukkan ke dalam akaun trading Abu pada listing date iaitu 4 Januari 2021.

Bonus issue & Share split

Persamaan kedua corporate exercise ini ialah price akan adjust menjadi semakin murah dan bakal menarik lagi ramai pelabur jika syarikat mempunyai fundamental yang kukuh atau growth rate yang sihat. Bonus issue dan share split juga menambah bilangan unit saham di dalam pasaran.

Filed Under: Blog Tagged With: corporate exercise

Disclaimer

Sila ambil perhatian bahawa segala informasi di laman web ini bertujuan untuk pembelajaran semata-mata. Segala nama saham yang tersenarai di halaman berita tidak bermatlamat sebagai panduan untuk pembelian atau penjualan saham. Pihak Maju Saham tidak bertanggungjawab di atas setiap pembelian pembaca laman web ini. Pedagang seharusnya merujuk penasihat kewangan atau remisier masing-masing untuk nasihat berkaitan pembelian dan penjualan saham.

Primary Sidebar

Follow us

  • telegram
  • twitter
  • youtube
  • instagram

Berita terkini

Tag

Analisa Teknikal corporate exercise Fundamental Analysis Gann Charts Gann Teori IPO Jim Paul Peter Lynch platform semiconductor

Copyright © 2023 ยท Majusaham.com