• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • News
  • Blog
  • E-learning
  • Buka Akaun CDS
  • Log In
Maju Saham

Maju Saham

Share Split / Subdivision

27/01/2021 by admin

Share split merupakan salah satu dari corporate exercise yang syarikat buat untuk pecahkan saham mereka di dalam pasaran saham. Pecahan saham ini akan menyebabkan harga turun dan unit bertambah mengikut ratio yang telah ditentukan. Corporate exercise ini juga dipanggil sebagai subdivision.

Tujuan

Buat saham sedia ada supaya lagi murah supaya makin ramai mampu beli saham syarikat. Biasanya syarikat yang buat corporate exercise ini harga asal sahamnya tidak murah.

Faktor kedua syarikat pilih untuk buat corporate exercise ini kerana ingin meningkatkan liquidity saham mereka di pasaran.

Fahami term share split

Notis share split / subdivision saham KPOWER

Entitlement description: Notis akan perincikan berapa ratio untuk split. Dalam notis di atas, ratio split saham KPOWER ialah 1:4 @ 1 unit saham menjadi 4 unit saham.

Ex-date: Tarikh harga saham akan adjust. Untuk melayakkan saham anda terlibat dengan split, anda perlu beli sebelum tarikh ex-date. Beli semasa dan selepas ex date tidak melayakkan anda terlibat.

Listing date: Hari unit split akan masuk dalam akaun trading.

Contoh

Saiful beli saham KPOWER sebelum ex-date pada 4 Januari 2021 berharga RM7.34 sebanyak 1,000 unit. Harga saham KPOWER akan menjadi RM1.835 selepas dibahagi 4 selari dengan ratio share split. Unit saham KPOWER ditangan Saiful akan menjadi 4,000 unit selepas listing date.

Dari segi value dalam RM, sebelum split nilainya RM7.34 x 1,000 = RM7,340. Selepas split bersamaan RM1.835 x 4,000 = RM7,340. Value secara direct tidak berubah disebabkan corporate exercise ini.

Value akan naik turun berdasarkan supply demand di pasaran selepas split.

Share split & bonus issue

Persamaan kedua corporate exercise ini ialah price akan adjust menjadi semakin murah dan bakal menarik lagi ramai pelabur jika syarikat mempunyai fundamental yang kukuh atau growth rate yang sihat. Bonus issue dan share split juga menambah bilangan unit saham di dalam pasaran.

Filed Under: Blog Tagged With: corporate exercise

Disclaimer

Sila ambil perhatian bahawa segala informasi di laman web ini bertujuan untuk pembelajaran semata-mata. Segala nama saham yang tersenarai di halaman berita tidak bermatlamat sebagai panduan untuk pembelian atau penjualan saham. Pihak Maju Saham tidak bertanggungjawab di atas setiap pembelian pembaca laman web ini. Pedagang seharusnya merujuk penasihat kewangan atau remisier masing-masing untuk nasihat berkaitan pembelian dan penjualan saham.

Primary Sidebar

Follow us

  • telegram
  • twitter
  • youtube
  • instagram

Berita terkini

Tag

Analisa Teknikal corporate exercise Fundamental Analysis Gann Charts Gann Teori IPO Jim Paul Peter Lynch platform semiconductor

Copyright © 2023 ยท Majusaham.com