Pasaran saham di Bursa Malaysia terdapat banyak sektor perniagaan yang terlibat. Antara sektor-sektor yang diminati pelabur dan pedagang adalah teknologi dan kesihatan pada ketika ini. Terdapat lebih dari 10 sektor yang lain seperti perladangan, pembinaan , minyak dan gas, telekomunikasi, perbankan dan hartanah. Sepanjang tahun, pasaran saham akan berputar dengan kitaran sektor-sektor ini mengikut keadaan semasa. Sebagai pelabur yang bijak, adalah penting untuk anda fahami kenapa sektor bertukar tema di Bursa Malaysia sepanjang tahun.
Pertukaran sektor ini sebenarnya berlaku kerana mengikut keadaan semasa sebagai contoh jika tiba musim raya, saham-saham yang berkait dengan bahan mentah seperti gula, tepung dan telur ayam menjadi perhatian pelabur. Selain dari itu, terdapat sektor-sektor yang dipengaruhi oleh pergerakkan harga komoditi seperti minyak mentah (crude oil), minyak kelapa sawit dan besi. Jika harga bahan mentah seperti crude oil naik maka saham berkaitan dengan carigali minyak mendapat minat belian.
Dalam pada itu, sektor yang mekar sepanjang tahun juga ada di pasaran Bursa Malaysia iaitu sektor teknologi. Sektor ini adalah sektor yang paling baik dari segi pertumbuhan saham-sahamnya. Data menunjukkan pertumbuhan sebanyak 25.5% pada produk-produk teknologi pada laporan suku pertama tahunan ekonomi Malaysia. Dengan data pertumbuhan dan permintaan eksport yang baik setiap tahun, saham-saham di sektor ini diminati dari pelabur tempatan dan luar negara.
Namun begitu, kitaran sektor yang datang juga berlaku disebabkan beberapa peristiwa yang berlaku di sekeliling kita seperti pandemik COVID-19. Disebabkan penularan wabak ini, saham-saham di sektor kesihatan terutamanya saham syarikat pengeluar sarung tangan getah mendapat sambutan yang luar biasa. Sektor-sektor yang berkaitan juga mendapat tempiasnya seperti sektor produk bahan kimia dan sektor pembungkusan plastik. Kempen bekerja dari rumah pula (Work From Home) telah memberikan impak positif kepada saham-saham di sektor produk kayu dan perabot.
Sebagai pelabur yang bijak kita perlu peka dengan keadaan sekeliling dan cepat untuk menganalisa situasi semasa. Kitaran yang berlaku dalam pasaran adalah disebabkan tindak balas manusia terhadap sesuatu perkara. Oleh itu, kita hendaklah rajin dalam melakukan pembacaan isu semasa. Anda juga boleh membaca artikal berkaitan psikologi manusia di sini https://majusaham.com/bandwagon-effect-apa-kaitannya-dengan-pasaran-saham/.