• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • News
  • Blog
  • E-learning
  • Buka Akaun CDS
  • Log In
Maju Saham

Maju Saham

Share Consolidation

26/01/2021 by admin

Share consolidation merupakan salah satu corporate exercise bertujuan menggabungkan beberapa unit saham supaya harga saham murah nampak mahal (premium). Kesannya harga saham akan naik dan unit saham di pasaran berkurangan mengikut ratio yang telah ditetapkan oleh syarikat. Ia juga dipanggil reverse split, berlawanan dengan share split.

Tujuan

Antara sebab syarikat pilih untuk buat consolidate saham ialah supaya saham syarikat mereka yang tengah murah nampak mahal untuk menarik minat pelabur yang kebiasannya mengelak saham murah kerana risiko yang lebih tinggi dari saham mahal. Kedua, share consolidation akan buat jumlah saham yang diapungkan menjadi sedikit disebabkan saham ini digabungkan. Saham akan menjadi semakin ringan dan mudah untuk turun dan naik.

Fahami term share consolidation

share consolidation
Contoh pengumuman share consolidation beserta tarikh dan ratio.

Entitlement description: Notis akan perincikan berapa ratio share consolidate. Dalam contoh di atas, PTRANS akan jadikan 3 unit saham mereka kepada 1. Dalam masa yang sama, harga saham akan naik tiga kali ganda. Value saham dalam RM sebelum dah selepas adalah sama sahaja.

Ex-date: Tarikh harga saham akan adjust. Untuk melayakkan saham anda terlibat dengan consolidation, anda perlu beli sebelum tarikh ex-date. Beli semasa dan selepas ex date tidak melayakkan anda terlibat dalam share consolidation.

Listing date: Hari unit consolidate akan reflect dalam akaun trading.

Contoh

Ahmad ada saham PTRANS sebanyak 30,000 unit pada harga RM0.30 beli sebelum ex-date. Value saham Ahmad ialah RM9,000. Selepas saham consolidate, 30,000 akan jadi 10,000 dan harga saham akan jadi RM0.90. Value saham Ahmad RM9,000.

Untung ke rugi?

Ramai sering bertanya jika saham consolidate automatic profit ke sebab saham harga lipat kali ganda naik? Tidak. Secara sifatnya share consolidation tidak beri impak secara direct pada value saham. Back to basic, saham naik dan turun berdasarkan supply dan demand. Supply banyak maknanya ramai menjual, harga jatuh. Demand banyak maknanya orang membeli, maka harga pun naik.

Filed Under: Blog Tagged With: corporate exercise

Disclaimer

Sila ambil perhatian bahawa segala informasi di laman web ini bertujuan untuk pembelajaran semata-mata. Segala nama saham yang tersenarai di halaman berita tidak bermatlamat sebagai panduan untuk pembelian atau penjualan saham. Pihak Maju Saham tidak bertanggungjawab di atas setiap pembelian pembaca laman web ini. Pedagang seharusnya merujuk penasihat kewangan atau remisier masing-masing untuk nasihat berkaitan pembelian dan penjualan saham.

Primary Sidebar

Follow us

  • telegram
  • twitter
  • youtube
  • instagram

Berita terkini

Tag

Analisa Teknikal corporate exercise Fundamental Analysis Gann Charts Gann Teori IPO Jim Paul Peter Lynch platform semiconductor

Copyright © 2023 ยท Majusaham.com