• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • News
  • Blog
  • E-learning
  • Buka Akaun CDS
  • Log In
Maju Saham

Maju Saham

Jenis-jenis ‘Corporate Exercise’ dalam syarikat saham

04/06/2021 by Fahmi Ishak

Syarikat melakukan corporate exercise kerana mempunyai tujuan yang tertentu. Apabila pemegang saham mencapai persetujuan dalam sesuai perkara. Corporate exercise perlu dilakukan untuk merealisasikan tujuan tersebut. Antaranya tujuan tersebut iailah dalam memberikan pembayaran dividen kepada semua pemegang saham yang lain. Dalam pada itu, jenis-jenis corporate exercise terdapat dua bahagian iaitu mandatory dan voluntary. Mandatory bermaksud semua pemegang saham wajib untuk mengambil bahagian dalam exercise tersebut. Manakala, voluntary bermaksud pemegang saham boleh memilih untuk menyertai atau tidak dalam sesuatu exercise tersebut.

JENIS-JENIS CORPORATE ACTION

MANDATORYVOLUNTARY
1. Share split / Reverse split 1. Share buyback
2. Dividen 2. Right Issue
3. Bonus Issue3. Mergers and Acquisitions (M&A)
4. Capital Reduction

Mandatory Exercise

  1. Share Split / Reverse Split

Share split adalah exercise dimana syarikat membahagikan saham sedia ada kepada nilai yang lebih kecil untuk meningkatkan liquidity dalam saham tersebut. Walaupun pembahagian saham ini akan mengurangkan nilai harga saham kita namun jumlah saham yang dipegang tidak berubah. Reverse share split pula adalah exercise yang berlawanan dengan share split. Di mana nilai saham yang kecil digabungkan menjadi nilai yang lebih besar. Baca penerangan lanjut mengenai share split di sini https://majusaham.com/share-split/.

2. Dividen

Dividen adalah pembayaran yang dibuat oleh syarikat kepada pemegang saham dalam bentuk tunai ataupun pegangan saham tambahan. Pembayaran dividen adalah satu exercise yang disukai oleh pelabur kerana pelabur mendapat kekayaan dalam bentuk tunai dan peningkatan dalam pegangan saham.

3. Bonus Issue

Bonus issue boleh terjadi apabila syarikat menganugerahkan additional shares secara percuma kepada pemegang saham sebagai bayaran. Saham percuma yang diberikan kepada pemegang saham adalah tambahan kepada saham yang dipegang oleh pelabur. Harga saham syarikat akan mengalami kejatuhan bersama dengan bonus shares yang dikeluarkan. Baca penerangan lanjut mengenai Bonus Issue di sini https://majusaham.com/bonus-issue/.

4. Capital Reduction

Capital reduction pula adalah proses dimana syarikat mengurangkan saham syarikat dengan pembatalan saham. Proses ini merangkumi menghapuskan saham syarikat sedia ada dengan mengurangkan par value atau menghapuskan saham yang diapungkan oleh syarikat. Tujuan syarikat melakukan exercise ini adalah untuk meningkatkan nilai pelabur dan menghasilkan struktur modal yang lebih efisien.

Voluntary Exercise

  1. Share buyback

Share buyback ataupun pembelian semula saham syarikat adalah exercise di mana syarikat menawarkan pembelian semula saham kepada pemegang saham sedia ada. Aktiviti ini boleh dilakukan pada masa open market ataupun dilakukan sebagai ‘redemption activities’.

2. Right Issue

Aktiviti ini melibatkan syarikat menawarkan saham tambahan atau baru hanya kepada pemegang saham sedia ada. Pemegang saham sedia ada diberikan hak untuk membeli saham tersebut pada harga diskaun dengan tujuan untuk mengekalkan pegangan mereka dalam syarikat untuk mengelak saham tersebut dicairkan.

3. Mergers and Acquisitions

Merger berlaku apabila dua atau lebih dari dua syarikat bergabung menjadi satu syarikat yang baru. Persetujuan bersama perlu dicapai untuk melakukan aktiviti merger. merger juga boleh berlaku apabila satu syarikat menyerahkan saham syarikat kepada syarikat lain. Sebab merger boleh berlaku pertama adalah melihat kepada potensi syarikat untuk dikembangkan dan yang kedua adalah disebabkan industri yang semakin tidak kompetitif menyebabkan syarikat terpaksa bergabung di bawah satu bumbung yang sama. Manakala, acquisition pula adalah di mana satu syarikat membeli majoriti saham dalam syarikat yang lain.

Setiap aktiviti yang berlaku di dalam syarikat adalah bertujuan untuk menjaga syarikat tersebut supaya terus kekal relevan dan berdaya saing di masa hadapan. Jenis-jenis corporate exercise yang diceritakan di atas adalah aktiviti-aktiviti syarikat yang biasa berlaku dalam pasaran saham. Baca artikal menarik di sini https://majusaham.com/category/blog/.

Filed Under: Blog Tagged With: corporate exercise

Disclaimer

Sila ambil perhatian bahawa segala informasi di laman web ini bertujuan untuk pembelajaran semata-mata. Segala nama saham yang tersenarai di halaman berita tidak bermatlamat sebagai panduan untuk pembelian atau penjualan saham. Pihak Maju Saham tidak bertanggungjawab di atas setiap pembelian pembaca laman web ini. Pedagang seharusnya merujuk penasihat kewangan atau remisier masing-masing untuk nasihat berkaitan pembelian dan penjualan saham.

Primary Sidebar

Follow us

  • telegram
  • twitter
  • youtube
  • instagram

Berita terkini

Tag

Analisa Teknikal corporate exercise Fundamental Analysis Gann Charts Gann Teori IPO Jim Paul Peter Lynch platform semiconductor

Copyright © 2023 ยท Majusaham.com